Welcome to GincuMerah

Welcome to GincuMerah

Jumaat, 17 Disember 2010

MEMBER 'COMOLOT'

MEMBER'sekepala'..'comolot'..'kamcing'..bagi gincumerah adalah kengkawan yang ngam dan rapat dengan kita.
Tidak mudah bagi kita untuk mencari kengkawan yang boleh ngam dengan kita. Tambah-tambah lagi gincumerah yang suka hidup dalam dunia khayalan sendiri. Kat profil facebook gincumerah hobi adalah berangan....haha...
Tambahan pula, gincumerah ni bukan dalam kategori 'mesra alam' (bukan sombong tau..).
Akan tetapi bukan lah bermakna gincumerah tidak mempunyai kawan baik, cukup lah gincumerah menamakan kawan yang paling baik dengan gincumerah itu bermula dengan huruf 'w'.
Kepada yang namanya bermula huruf 'w' jangan cepat perasan k...gincumerah ada beberapa orang kengkawan yang namanya bermula dengan huruf 'w' hehe...
Bagi gincumerah dia adalah kawan yang paling rapat dengan gincumerah, sampai kat ofis dulu orang gelarkan kakak kesayangan lagi hahaha..sabar jer la kan....
Si 'w' ni dia ada 'bau-bau belacan' la pulak dengan seorang yang bernama 'r' hahaha...maka terilhamkan nama gabungan kami 'wanrosalinda'...
Tapi sekarang ber'comolot' di facebook jer laaa...setahun dalam
dua tiga kali berjumpa juga...hehe..
Selalu search member-member lama yang rapat dengan gincumerah dulu, tapi susah la nak cari may be diaorang  letak nama lain atau gambar lain..harap-harap nanti akan jumpa juga.


Ini kisah 'w' juga, tapi 'w' yang lain..tak sangka boleh jumpa lagi..best la layan otak gila-gila dia hihi..'w' ni member  'comolot' masa di sekolah menengah dulu..tetapi  mengapa tiba-tiba dikau menghilang..??;-(
Issshh..ramai la juga yang rapat dengan gincumerah ni kalau nak dicerita sorang-sorang sampai besok pun tak habis-habis lagi. Gincumerah sangat-sangat sayangkan you all ok...;-)
Walaupun bagaimanapun yang penting keikhlasan dan enjoy bila berkawan..bukan itu sahaja jadilah seorang kawan di kala susah dan senang dan suka dan duka ok....









 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan