Welcome to GincuMerah

Welcome to GincuMerah

Ahad, 23 Januari 2011

TO MY DEAR...

Salah sangka muram air muka
Oh mungkin tidak! diri mu ku dah lupa
Jauh di mata tapi bukan di hati
Riuh rendah sunyi bila ku menyendiri

Oh patut lah lagu dah tak semerdu
Hembusan bayu dah tak senyaman dulu
Ku pasti kerana tiada pelengkapnya
Ketiadaanmu di rasa

Jangan sangka hidup ku bahagia
Memang benar tak ku nafikannya
Walau cinta mu rapuh dan keyakinan runtuh
Dengar ku bicara

Oh babe
Ku masih menyinta
Oh babe
Ku masih setia pilu...
Hiba di jiwa kelabu 
Di kalbu ku

Oh babe
Ku makin terseksa
Oh babe
Ku makin terasa haru
Bisakah di sembuh andainya kau di sisi ku
Dear ku masih perlukan mu

Ha..pasti korang akan berkata jiwang la juga si gincumerah ni yer...actually not really laa..yang nak gincumerah sampaikan di sini adalah dalam hidup kita ni adakalanya kita tidak terlepas daripada berhadapan dengan situasi misunderstanding..miscommunications or sewaktu dengannya...

Bagi gincumerah, seandainya kita berasa keliru dengan sesuatu situasi kita harus lah terus menyelesaikannya dengan cara yang berhemah dan bijaksana okaaayy.. 

Seboleh-bolehnya kita jangan lah terus melontarkan tanggapan negatif terhadap seseorang tanpa menyelidik keadaan yang sebenarnya.

Yang penting dulu kini dan selamanya diri ku tetap diri ku tidak mungkin akan berubah menjadi 'orang lain' still loved you all ever after n forever!



   

Rabu, 19 Januari 2011

BEST FRIENDS FOREVER...



BARU-baru ni GincuMerah pergi 'beraya' ke rumah dua orang sahabat baik GincuMerah sorang namanyer Ezzan dan sorang lagi Lissa.

Seronok sangat jumpa balik dengan diaorang, walaupun dah lama tak jumpa..tapi diaorang tetap tidak berubah still maintain macam dahulu kala.

Mula-mula kita bercerita tentang Lissa dahulu...Lissa ni sahabat GincuMerah di ketika usia remaja...kitaorang masa dulu-dulu happening giler..hehe..kitaorang kalau jumpa asyik gelak jer cerita kisah-kisah lama.



Keakraban kami sampai ada orang kata macam adik beradik lah...sampai tempat kerja pun sebelah-sebelah opis jer..yang kelakarnyer kitaorang ni dah laa masuk keje pukul 9, bangun pun pukul 9 abis macammaner...pastu dah laa lewat giler sempat lagi tu singgah warung kat sebelah opis pekena kopi konon-konon supaya hilang mengantuk ada ker patut....

Tapi bukan lah tiap-tiap hari kitaorang lewat ke pejabat....adakala nya awallah juga (lepas kena warning hahahaha) masa tu zaman-zaman remaja tidak terlepas dari kehidupan-kehidupan yang happening tu yang jadi gitu tu hehe....

Sekarang dia pulak jadi boss...haaaa agak-agak macammana lah perasaan dia kalau staff dia datang lewat yer...hehe..sabar jer laaa..hihi

Sementara Ezzan pula kenal dia dari sekolah menengah lagi...dulu masa kat sekolah tak geng pun dengan dia..sebab masing-masing ada geng sendiri..biasa laa budak-budak sekolah kann..

Kami mula kawan bila sama-sama berhijrah ke KL..suatu hari dia kata opis dia nak cari translator untuk weekly paper...so GincuMerah pun terus lah mengofferkan diri...setelah pegi interview dapat laaa pulak...

Maka sejak detik itu terus lah kami menjadi sahabat baiiikkk...walaupun Ezzan tidak laa happening mana biasa-biasa jer tapi best jugak kawan dengan dia sebab dia ni macam makcik-makcik sikit tu tak boleh ni tak boleh (tak baik katanya...) hehe tapi dia kawan yang best....

Sebab tu laaa bila baru-baru ni Ezzan call bagitau dia dah pindah Rawang, perkara pertama yang terlintas di fikiran GincuMerah adalah "wah!!!dekatnyer"..tu yang terus pegi 'beraya' tuuu..


Sebenarnya terlalu banyak kenangan pahit manis sepanjang persahabatan GincuMerah dengan mereka berdua..tapi nak buat macammaner..tak larat laaa nak menaip penat tauuu...susah jadi orang manja-manja ni...hihi (gediknyer_)

Isnin, 10 Januari 2011

PROFIL GincuMerah







  •  
  • Tarikh Lahir                              : 11 Februari 1978
  • Asal                                          : Temerloh, Pahang Darul Makmur (menetap di Kuala Lumpur)
  • Hobi                                         : Mukabuku, Blog dan Melukis
  • Perkara-Perkara Yang di sukai : Sesuatu yang mampu menghiburkan dan mampu membuat hati ku gembira
  • Perkara-Perkara Yang di benci : Sesuatu yang menjengkelkan dan mampu membuat hati ku menyampah
  • Lagu Kegemaran                      : Ingin Tahu (Erra Fazira) dan You Know He Never Loved You (Thalia) sebab lagu-lagu ni mengingatkan ku kenangan-kenangan lalu....
  • Filem Kegemaran                     : Devdas
  • Tentang GincuMerah                : Amat-amat membenci sebarang bentuk penganiayaan, terutamanya terhadap kanak-kanak.
  • Walaupun kadangkala bersikap keanak-anakan a.k.a childish akan tetapi diri ku tegas pendirian, hitam kata ku maka hitam la jadi nya..
  • Kurang sabar tetapi adakalanya kita harus bersabar
  • Diri ku seorang yang peramah dan cepat mesra dengan sesiapa sahaja TETAPI agak memilih a.k.a selektif dalam berkawan 
  • Giler mekap a.k.a make-up maniac

welcome to gincumerah

welcome to gincumerah

Rabu, 5 Januari 2011

Reunions

REUNIONS

 REUNION oh REUNION....



 BARU-BARU ni kengkawan gincumerah telah mengwar-warkan satu reunion yang akan diadakan pada 12 Februari ini kat Cherating Resort Kuantan pada 10.00 pagi.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran gincumerah adalah
waaaahhhh!!!jauhnyer...ntah boleh pegi ke tak...tak tau la lg...andaikata gincumerah pergi pun maybe pergi hari kot just to see my friends yang setelah sekian lama di tinggalkan wah!!wah!!waaahhh!!...;)  

Walaubagaimanapun semuanya bergantung pada keadaan....lagipun ada lagi satu reunion yang akan diadakan di Taman Desa Waterpark Kuala Lumpur. Tapi yang kat Taman Desa ni hanya untuk 'kroni' sahaja ok...

Yang kat Taman Desa ni kompom pergi sebab dekat jer...yang bestnyer makanan rasmi kitaorang betik muda dan megi. Sebab itu adalah makanan rasmi masa kat asrama dulu...betik muda tu kitaorang cilok kat belakang asrama...nak tggu masak lambat sangat last-last makan jer laa..

Itulah di antara kenangan yang termanis dalam hidup gincumerah...walaubagaimanapun sejak dari dulu kini dan selamanya kami tetap berhubungan sehingga kini..untuk kisah reunion yang lainnya sila tengok kat note FB Haslinda Hashim yeerrr.....