Welcome to GincuMerah

Welcome to GincuMerah

Sabtu, 8 Disember 2012

SEKADAR INGIN TAHU....

TIDAK sukar untuk ku membaca hati mu
bila mata lebih lantang bersuara
tak ku sangka dedaun yang mekar di pepohon
rupanya gugur di musim luruh
dalam diam cinta telah mengubah hati
dalam diam persimpangan menanti
bila berdampingan jalinan mesra tiada lagi
tiada sinar kasih menyinari

Mungkin kah diri mu sudah ada pengganti?
apakah hati mu telah 'dicuri'?
atau mungkin juga ku telah menyusahkan?
tidak sempurna lagi apakah itu dihati?

Demi kasih kita
katakan lah sayang
kerana hanya awan mendung yang akan menanti kita
tak guna berpura jika hati tawar
ikhlas lah pada ku
masihkah punya ruang disudut hati mu
atau sudah tertutup
pintu di hati mu katakan
ku hanya ingin tahu
ku ingin tahu
kerana aku masih sayangkan mu

Aku faham bibir enggan berbicara
mungkin tak sanggup lihat ku kecewa
setelah sekian lama
impian dibina bersama
namun takdir punya kisah berbeza

Tidak terbayang rasa sedih di hati
tak pernah ku alami
tak bisa di ubati
tanpa mu di sisi ku bagai hilang punca
ku hilang segala nya
hanya kau saja ku cinta      

POKER oh POKER

SALAH satu game yang menjadi salah satu hobi utama Gincu ialah Zynga poker Game. Lebih kurang dua tahun juga lah Gincu 'layan' game tu. Semua ni gara-gara pengaruh kenkawan, cuma sekarang tidak lah sekerap dulu lagi, hanya bila ada masa terluang baru Gincu 'layan' game tu.

Ingat lagi masa mula-mula masuk game tu..sape-sape add buddy main accept jer..sampai buddy mencecah nk dekat-dekat 800 orang mengalahkan jumlah kenkawan di fesbuk.

Redzblood a.k.a GincuMerah

Lebih have fun kalau join table kenkawan..huru-hara dibuatnya. Tapi sekarang mereka pun dh 'slow' tak macam dulu-dulu lagi. Pernah juga 'layan' game tu dari malam sampai ke siang, tapi sekarang tidak lagi..maklum lah dulu excited sangat dengan game tu.

Dulu bila kenkawan suami Gincu datang, mereka main daun terup, jadi tak susah lah nk faham game tu. Hemm game tu memang 'berhantu' lah, walaubagaimana pun itu lah salah satu hobi utama Gincu selain dari melukis. 

  

MOMMY BOY

AGAKNYA memang lumrah bergelar 'mommy boy' mempunyai sifat yang manja..sentiasa ingin bersama ibunya walau ke mana sahaja. 

Bagi Gincu, 'mommy boy' ni ada kelebihan dan ada kekurangannya. Kelebihan bagi mereka yang bergelar 'mommy boy' ni mungkin lebih mendengar kata. Sementara kekurangannya pula takut nanti golongan-golongan seperti ini tidak mampu berdikari terlalu bergantung pada orang-orang di sekelilingnya.

nyawa-nyawa ku..Arell dan Shamer

Gincu sendiri bukan lah terlalu memanjakan anak-anak, mungkin sudah semulajadi sifat mereka sebegitu. Sebagai contoh anak sulung Gincu, arell, langsung tidak boleh berenggang. Terutamanya apabila hendak melelapkan mata, dia akan pastikan ibunya akan sentiasa berada di sisinya hingga lah dia lena.  

my 'mommy boy'

Berbeza dengan adiknya Shamer, Shamer lebih berdikari berbanding dengan si abang. Walaubagaimana pun Gincu selalu mendoakan semoga mereka berdua menjadi anak-anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat Aamiin..