Welcome to GincuMerah

Welcome to GincuMerah

Rabu, 15 Disember 2010

Kisah masyarakat..




KEMISKINAN...


Kita semua beruntung kerana berada di negara maju seperti di bumi Malaysia ini yang pesat membangun, makmur dan aman damai, yang penting usaha untuk meningkatkan taraf hidup.

Kesian apabila melihat wajah kanak-kanak yang dibelenggu kemiskinan, tidak cukup makan dan sebagainya.

Oleh yang demikian, bersyukurlah kita dengan apa yang ada. Memang tidak di nafikan di bumi Malaysia yang kaya raya ini juga ada yang hidup di dalam keadaan daif dan serba kekurangan, walaubagaimanapun kita hanya dapat membantu mereka sedaya yang mampu sahaja. 

Setiap kali menonton rancangan 'Bersamamu' di TV3, hati ini pasti akan tersentuh apabila melihat nasib anak-anak mereka.

Bayangkan dalam sehari belum tentu dapat makan, rasanya jauh sekali nak merasa makanan yang enak-enak seperti mana rakan-rakan sebaya mereka. 

Itu dari segi makan minum, belum lagi bab-bab pakaian, tempat tinggal dan pembelajaran mereka...alangkah sayangnya jika mereka dikurniakan kebijaksanaan tetapi tidak dapat menyambung pembelajaran lantaran desakan hidup keluarga mereka.

Gincumerah sentiasa mendoakan agar suatu hari nanti mereka dapat mengubah nasib diri dan keluarga mereka.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan