Welcome to GincuMerah

Rabu, 29 Disember 2010
Isnin, 27 Disember 2010
Jejak kasih...
'JEJAK KASIH......'


Nama member gincumerah tu Ninie...yang bestnyer kitorang ni baik kat asrama jer...bila kat sekolah masing-masing buat-buat tak kenal jer sebab kat sekolah kawan lain, kat asrama lain pulak kawannya.
Cerita pasal asrama...kitaorang sebenarnya lima sekawan...tapi sorang lagi ala-ala macam kena boikot la sebab kitaorang dulu agak kurrrreng skit pada cewek-cewek yang kontrol ayu ni.
Menurut Ninie sampai sekarang dia masih lagi contact dengan Ju...diaorang masih lagi lepak bersama 'anyam ketupat'. Heeeeeee jelesnyer laaa...tapi takper-takper Ninie cakap nanti nak buat reunion jumpa kat asrama kitaorang dulu.
Baru-baru ni kata Ninie Mek Nab dah mengandung dan mangsa buli dia dulu si Muzalina dah kahwin dengan TUDM. Ok laa tuu...bahagia mereka sekarang yer...yang bestnyer kata Ninie suami Mek Nab hensem giler...waaah!! gitew...tu laaa funny-funny dia pun dapat suami bukan main lagi hensemnyer hahaha yang kitaorang ni yang HADO gitew..
Khamis, 23 Disember 2010
KESIANNYER...
PAGI tadi gincumerah bawa si Shahmir ke klinik (appoinment bulanan), sedang menunggu nama dan nombor dipanggil...gincumerah lihat ada sorang budak laki dalam lingkungan tiga tahun berjalan ke hulu ke hilir. Gincumerah ingatkan mungkin laa mak dia ada kat area situ dan budak tu saja-saja jer jalan-jalan, tak berapa lama kemudian gincumerah tengok budak tu menangis dan attendan klinik terus pujuk budak tu mungkin attendan tu pun perasan kot budak tu berjalan ke hulu ke hilir. Attendan klinik tu pun tanya la kat tengah-tengah orang ramai kat klinik kenal tak siapa gerangan mak budak tu, of kos laa semua tak tau. Cari punya cari rupa-rupanya maknya masuk ke dalam bilik appoinment tinggal anaknya sorang-sorang kat luar...dah la tempat ramai orang pulak tu...isssh...issshh...issshh..geram betul..sooo careless.
Bukan nak menyibuk, tapi sejak-sejak ada anak ni gincumerah jadi very very sensitif terhadap kanak-kanak. Kalau kemana-mana dengan anak-anak mesti tak berenggang punya....bukan saja kat luar..kat rumah pun si Arell berkepit jer dengan maknya tak boleh berenggang langsung. Kalau maknya ni nak keluar kena sembunyi-sembunyi kalau taaaakkk...paham-paham jer la yer..
Rabu, 22 Disember 2010
Musim Citer Seram
BARU-baru ni semasa gincumerah ke Mid Valley Megamall, gincumerah lihat selain filem 'Khurafat' ada lagi filem-filem seram yang akan menyusul. Antaranya adalah 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', 'Janin', 'Damping Malam' dan beberapa lagi filem luar.
Wah!! nampaknya filem seram betul-betul dapat sambutan..tp tu lah kalau selalu sangat nanti lama-kelamaan orang boring la juga, lain lah kalau jalan ceritanya menarik dan lain dari yang lain.
Gincumerah rasa mungkin cerita-cerita seram ni penuh dengan suspen sebab tu dapat sambutan...pengarah-pengarah kita pun apa lagi makin ligat la menghasilkan filem-filem seumpama tu.
Sekarang ni gincumerah tengok ada dua genre filem jer yang dapat sambutan kat negara kita ni, satu seram dan satu lagi aksi. Cerita-cerita cintan cintun ni agak kurrreng sikit...(melainkan 'Lagenda Budak Setan'). Walauapapun...tahniah kepada Syamsul Yusoff kerana berjaya menghasilkan sebuah filem seram yang boleh tahan la seramnyer..maklum la kan sebelum ni kan mamat ni banyak menghasilkan filem-filem aksi jer..
Selasa, 21 Disember 2010
jom tengok wayang.....
Baru-baru ni gincumerah telah menghadiri satu pratonton filem seram arahan Syamsul Yusoff iaitu filem 'Khurafat'. Dah la seram...suspen pulak tu, tp bagi gincumerah cerita tu best laa..
Sabtu, 18 Disember 2010
Jumaat, 17 Disember 2010
MEMBER 'COMOLOT'
MEMBER'sekepala'..'comolot'..'kamcing'..bagi gincumerah adalah kengkawan yang ngam dan rapat dengan kita.
Tidak mudah bagi kita untuk mencari kengkawan yang boleh ngam dengan kita. Tambah-tambah lagi gincumerah yang suka hidup dalam dunia khayalan sendiri. Kat profil facebook gincumerah hobi adalah berangan....haha...
Tambahan pula, gincumerah ni bukan dalam kategori 'mesra alam' (bukan sombong tau..).
Akan tetapi bukan lah bermakna gincumerah tidak mempunyai kawan baik, cukup lah gincumerah menamakan kawan yang paling baik dengan gincumerah itu bermula dengan huruf 'w'.
Kepada yang namanya bermula huruf 'w' jangan cepat perasan k...gincumerah ada beberapa orang kengkawan yang namanya bermula dengan huruf 'w' hehe...
Bagi gincumerah dia adalah kawan yang paling rapat dengan gincumerah, sampai kat ofis dulu orang gelarkan kakak kesayangan lagi hahaha..sabar jer la kan....
Si 'w' ni dia ada 'bau-bau belacan' la pulak dengan seorang yang bernama 'r' hahaha...maka terilhamkan nama gabungan kami 'wanrosalinda'...
Tapi sekarang ber'comolot' di facebook jer laaa...setahun dalam
dua tiga kali berjumpa juga...hehe..
Selalu search member-member lama yang rapat dengan gincumerah dulu, tapi susah la nak cari may be diaorang letak nama lain atau gambar lain..harap-harap nanti akan jumpa juga.
Ini kisah 'w' juga, tapi 'w' yang lain..tak sangka boleh jumpa lagi..best la layan otak gila-gila dia hihi..'w' ni member 'comolot' masa di sekolah menengah dulu..tetapi mengapa tiba-tiba dikau menghilang..??;-(
Issshh..ramai la juga yang rapat dengan gincumerah ni kalau nak dicerita sorang-sorang sampai besok pun tak habis-habis lagi. Gincumerah sangat-sangat sayangkan you all ok...;-)
Walaupun bagaimanapun yang penting keikhlasan dan enjoy bila berkawan..bukan itu sahaja jadilah seorang kawan di kala susah dan senang dan suka dan duka ok....
Rabu, 15 Disember 2010
welcome to gincumerah
Upin Ipin
"HAI kawan-kawan nak dengar cerita taaakkk....", dialog yang sering diucapkan oleh anak gincumerah setiapkali menonton rancangan animasi upin ipin di TV9.

Kitaorang yang mak-mak sedara ni kalau besday dia tak payah nak pening-peningkan kepala nak fikirkan hadiah apa yang perlu dibeli dah tau daahhh.
Bagi anak gincumerah pula si Arell, kalau start jer ceriter Upin -Ipin jangan harap lah boleh tukar ke channel lain, alamat huru hara lah jawabnya.
Baru-baru ni tengok Shout Awards kat TV...arell yang 'shout' bila tengok Upin Ipin di Red Carpet. Agaknya kalau si Arell jumpa Upin Ipin in person boleh histeria agaknya hahaha...
Kisah masyarakat..
KEMISKINAN...

Kesian apabila melihat wajah kanak-kanak yang dibelenggu kemiskinan, tidak cukup makan dan sebagainya.

Setiap kali menonton rancangan 'Bersamamu' di TV3, hati ini pasti akan tersentuh apabila melihat nasib anak-anak mereka.
Bayangkan dalam sehari belum tentu dapat makan, rasanya jauh sekali nak merasa makanan yang enak-enak seperti mana rakan-rakan sebaya mereka.
Itu dari segi makan minum, belum lagi bab-bab pakaian, tempat tinggal dan pembelajaran mereka...alangkah sayangnya jika mereka dikurniakan kebijaksanaan tetapi tidak dapat menyambung pembelajaran lantaran desakan hidup keluarga mereka.
Gincumerah sentiasa mendoakan agar suatu hari nanti mereka dapat mengubah nasib diri dan keluarga mereka.
Selasa, 14 Disember 2010
Lirik pilihan
INGIN TAHU...
Tidak sukar untuk ku membaca hatimu,
bila mata lebih lantang bersuara,
apa ku percaya...
dedaun mekar di pepohon,
rupanya gugur di musim luruh....
Dalam diam cinta...
telah mengubah hati...
dalam diam persimpangan menanti...
bila berdampingan...
jalinan mesra tiada lagi..
tiada sinar kasih menyinari.....
Mungkin dirimu...
dah ada pengganti...
yang mengukir senyuman...
hatimu telah di curi...
atau mungkin juga ku sudah menyusahkan...
tidak sempurna lagi..
Demi kasih kita...
katakanlah sayang...
hanya awan mendung yang kan menanti kita...
tak guna berpura...
jika hati tawar oh demi kasih kita...
ikhlaslah pada ku..
masihkah punya ruang di sudut hatimu...
atau dah tertutup..
pintu di hatimu,
katakan ku ingin tahu...
ingin tahu kerna masih sayangkanmuuu....
Daku faham...
bibir enggan berbicara...
mungkin tak sanggup lihat ku kecewa...
setelah sekian lama...
impian dibina bersama..
namun takdir punya kisah berbeza....
Tak terbayang rasa sedih di hati...
tak pernah ku alami...
tak bisa diubati...
tanpa mu di sisi ku bagai hilang punca...
ku hilang segalanya...
hanya kau saja kucinta......
Isnin, 13 Disember 2010
Secebis kisah....by Red Gincu
KESAL
SEMENJAK pemergian Liyana ke Kuala Lumpur, pak Husin banyak termenung. mak Som sudah tidak kuasa lagi menasihati suaminya, mak Som hanya mampu memandang sahaja kesedihan dan kekecewaan yang di tanggung oleh suaminya.
Masih terngiang-ngiang lagi di fikiran pak Husin peristiwa yang berlaku dua tahun yang lalu. Sejak daripada peristiwa itu Liyana sudah tidak pulang-pulang lagi ke kampung halamannya jauh sekali untuk menziarahi kedua orang tuanya.
"Liya daripada mana ni?" Soal pak Husin.
"Balik jumpa kawan...", jawab Liyana acuh tak acuh dengan pertanyaan bapanya.
"Kawan yang mana satu?" Soal pak Husin lagi semakin ingin tahu dengan kegiatan anak kesayangannya itu.
"Kawan-kawan sekolah Liya laaa...habis tu dengan siapa lagi...", balas Liyana.
"Liya tu perempuan, tak baik nak, keluar sampai balik jauh-jauh malam macam ni", sampuk mak Som yang sejak daripada tadi memerhatikan gelagat dua beranak itu.
"Mak niiii....tau la Liya jaga diri..mak tak payah la risau...", jawab Liya bosan dengan nasihat ibunya.
"Memang mak dengan ayah risau, orang-orang kampung dah mula mengata Liya macam-macam. Mana mak dan ayah nak letak muka nak...", balas mak Som kembali.
"Alah walaupun Liya ni anak ketua kampung, Liya pun manusia juga mak..Liya nak juga enjoy...nak juga merasa hidup macam anak-anak orang lain...orang kampung ni pun satu, busuk hati! mentang-mentang la ayah ketua kampung saja je lah nak buat cerita yang bukan-bukan....", jawab Liyana sambil matanya melirik ke luar jendela.
"Liya!!semenjak kebelakangan ni ayah selalu dengar cerita yang tidak elok pasal Liya, betul ke Liya dan kawan-kawan Liya selalu melepak, buat perkara-perkara yang tak senonoh dengan pemuda-pemuda di hujung kampung sana"? Pak Husin semakin berang dengan tingkah laku anaknya.
"Liya dah agak dah, sebenarnya itulah soalan yang ayah dan mak nak tanya tadi kan? Ayah tak payah la risau..sejahat-jahat Liya, Liya takkan malukan ayah dan mak ok...", jawab Liya kembali.
"Masalahnya sekarang Liya dah malukan kami...orang-orang kampung tak berhenti-henti bercerita pasal Liya, kami malu tau tak?!!!!..bentak mak som.

"Sampai hati ayah pukul Liya...pasal mulut orang-orang kampung ayah pukul Liya...selama ni ayah dan mak banyak menghabiskan masa dengan orang-orang kampung dari anak sendiri...ayah dan mak memang tak sayangkan Liya lagi....ayah dan mak lebih sayangkan orang-orang kampung dari anak sendiri"..,tangis Liyana terus berlari kebiliknya.
Pak Husin tidak mampu lagi untuk bersuara...begitu juga dengan mak Som. Mereka benar-benar kecewa dengan tingkahlaku Liyana.
Kesibukan pak Husin dalam menjaga kebajikan hal ehwal penduduk kampung telah membuatkan masa bersama keluarganya terbatas.
Kesibukan pak Husin dalam menjaga kebajikan hal ehwal penduduk kampung telah membuatkan masa bersama keluarganya terbatas.
Sementara itu, Liyana benar-benar sakit hati dengan apa yang telah berlaku, lantas perlahan-lahan Liyana mengemaskan pakaiannya dia sudah nekad untuk mencari kehidupannya sendiri.
Sejak peristiwa malam itu...Liyana terus menghilangkan diri. Pak Husin dan mak Som hanya mampu mendoakan sahaja supaya Liyana akan terus di bawah lindungan Ilahi.
Sementara ibubapanya memendam rasa rindu...Liyana ligat menjalani kehidupan di Kota Metropolitan. Liyana langsung tidak menghiraukan perasaan kedua ibubapanya, yang penting Liyana bebas dari belenggu kongkongan ibubapanya.
Cintanya terhadap Darwis juga semakin meng'hanyut'kannya, Liyana sanggup lakukan apa sahaja demi Darwis.
"U taukan sejak I lari dari rumah, I cuma ada U sorang jer...I rayu sangat U jangan la sia-siakan I k..", rayu Liyana manja.
"Iyer...dah berape kali u asyik ulang benda yang sama jer...pandai la I jaga U...U tak percayakan I ker..", balas Darwis.
"Bukan I tak percaya...tapi..mana lah tau tiba-tiba U menggatal dengan orang lain melepas la I...", jawab Liyana.
"Ah! Takde lah...U jangan risau laaa..hati I hanya pada U jer...I akan jaga U..percaya lah...", balas Darwis cuba meyakinkan Liyana.
Liyana hanya tersenyum dengan jawapan Darwis, Liyana yakin dia akan memperolehi kebahagiaan daripada Darwis.
Walaubagaimanapun kebahagiaan yang Liyana kecapi hanya la sementara..pagi itu puas Liyana menghubungi Darwis namun gagal.
Setelah puas mencuba akhirnya pelbagai perasaan bercampur baur dalam hati Liyana, lantas Liyana terus ke rumah Darwis.
"Darwis! Darwis! buka pintu!", panggil Liyana berulangkali dalam nada separuh menjerit.
"Eh!! ke..kenape U tak beritau nak datang...", tanpa menjawab Liyana terus meluru masuk ke dalam rumah Darwis.
"Darwis U ok ker...puas I call U tak jawab. I risaukan U tau tak", belum sempat Darwis menjawab tiba-tiba Liyana terdengar suara perempuan memanggil nama Darwis dari dalam bilik.
"Kau memang laki tak guna!!", jerit Liyana.
"Kalau aku laki tak guna buat apa kau tunggu lagi?!! Berambus dari rumah aku!!"..herdik Darwis lalu menolak Liyana keluar dari pintu rumahnya.
"U balik dulu..nanti I call U!", Darwis cuba memujuk.
"Tak payah...tak payah la U call I lagi...I dah tak percayakan U lagi..kita putus!!!", raung Liyana yang benar-benar kecewa dengan perlakuan Darwis.
Di saat kekecewaan yang teramat sangat hanya wajah kedua ibubapanya yang muncul di benaknya.
Liyana benar-benar ingin memohon keampunan dari kedua ibubapanya. Pada petang itu Liyana nekad untuk pulang ke kampung halamannya bertemu kedua orang tuanya.
Setelah sampai ke rumah ibubapanya, kelihatan rumah masih lagi tidak berubah masih lagi seperti dua tahun yang lepas.
"Assalamualaikum..",Liyana memberi salam.
"Waalaikummussalam...", pak Husin dan mak Som terpaku melihat wajah yang amat-amat dirinduinya itu.
Lantas Liyana terus memeluk dan mencium tangan kedua orang tuanya memohon keampunan di atas kesalahan dan keterlanjuran perbuatannya itu.
Kini barulah Liyana sedar kebebasan yang dicarinya telah memakan dirinya sendiri. Liya benar-benar kesal dengan apa yang telah berlaku.
Cinta sesama manusia belum tentu kekal abadi melainkan cinta kepada Ilahi dan kedua ibubapanya.
Cinta sesama manusia belum tentu kekal abadi melainkan cinta kepada Ilahi dan kedua ibubapanya.
Ahad, 28 November 2010
welcome to gincumerah
Hai...Assalamualaikum dan salam sejahtera gincumerah ucapkan kepada semua pembaca-pembaca yang sudi melawat blog gincumerah. Actually gincumerah sudah lama tidak mengarang, maklum la kan selepas bergelar isteri dan ibu gincumerah terus bersara dari arena penulisan.

Gincumerah suka kalau dapat berkongsi mengenai kisah-kisah menarik tentang gincumerah, kisah-kisah dunia semasa dan lain-lain yang dirasakan menarik untuk dikongsi. Semoga you all enjoy dengan story-story yang dipaparkan ok...soooo kita enjoooyyyyy!!!.
PEMBERITAHUAN
INI ADALAH BLOG PERIBADI, SEMUA GAMBAR-GAMBAR DAN ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI MERUPAKAN HAK CIPTA TERPELIHARA. SEBARANG PENIRUAN DAN LAIN-LAIN SEUMPAMANYA ADALAH DILARANG SAMA SEKALI.
Langgan:
Catatan (Atom)