Welcome to GincuMerah

Welcome to GincuMerah

Sabtu, 8 Disember 2012

MOMMY BOY

AGAKNYA memang lumrah bergelar 'mommy boy' mempunyai sifat yang manja..sentiasa ingin bersama ibunya walau ke mana sahaja. 

Bagi Gincu, 'mommy boy' ni ada kelebihan dan ada kekurangannya. Kelebihan bagi mereka yang bergelar 'mommy boy' ni mungkin lebih mendengar kata. Sementara kekurangannya pula takut nanti golongan-golongan seperti ini tidak mampu berdikari terlalu bergantung pada orang-orang di sekelilingnya.

nyawa-nyawa ku..Arell dan Shamer

Gincu sendiri bukan lah terlalu memanjakan anak-anak, mungkin sudah semulajadi sifat mereka sebegitu. Sebagai contoh anak sulung Gincu, arell, langsung tidak boleh berenggang. Terutamanya apabila hendak melelapkan mata, dia akan pastikan ibunya akan sentiasa berada di sisinya hingga lah dia lena.  

my 'mommy boy'

Berbeza dengan adiknya Shamer, Shamer lebih berdikari berbanding dengan si abang. Walaubagaimana pun Gincu selalu mendoakan semoga mereka berdua menjadi anak-anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat Aamiin..  

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan