Welcome to GincuMerah

Welcome to GincuMerah

Sabtu, 8 Disember 2012

SEKADAR INGIN TAHU....

TIDAK sukar untuk ku membaca hati mu
bila mata lebih lantang bersuara
tak ku sangka dedaun yang mekar di pepohon
rupanya gugur di musim luruh
dalam diam cinta telah mengubah hati
dalam diam persimpangan menanti
bila berdampingan jalinan mesra tiada lagi
tiada sinar kasih menyinari

Mungkin kah diri mu sudah ada pengganti?
apakah hati mu telah 'dicuri'?
atau mungkin juga ku telah menyusahkan?
tidak sempurna lagi apakah itu dihati?

Demi kasih kita
katakan lah sayang
kerana hanya awan mendung yang akan menanti kita
tak guna berpura jika hati tawar
ikhlas lah pada ku
masihkah punya ruang disudut hati mu
atau sudah tertutup
pintu di hati mu katakan
ku hanya ingin tahu
ku ingin tahu
kerana aku masih sayangkan mu

Aku faham bibir enggan berbicara
mungkin tak sanggup lihat ku kecewa
setelah sekian lama
impian dibina bersama
namun takdir punya kisah berbeza

Tidak terbayang rasa sedih di hati
tak pernah ku alami
tak bisa di ubati
tanpa mu di sisi ku bagai hilang punca
ku hilang segala nya
hanya kau saja ku cinta      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan