Welcome to GincuMerah

Welcome to GincuMerah

Rabu, 5 Januari 2011

Reunions

REUNIONS

 REUNION oh REUNION....



 BARU-BARU ni kengkawan gincumerah telah mengwar-warkan satu reunion yang akan diadakan pada 12 Februari ini kat Cherating Resort Kuantan pada 10.00 pagi.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran gincumerah adalah
waaaahhhh!!!jauhnyer...ntah boleh pegi ke tak...tak tau la lg...andaikata gincumerah pergi pun maybe pergi hari kot just to see my friends yang setelah sekian lama di tinggalkan wah!!wah!!waaahhh!!...;)  

Walaubagaimanapun semuanya bergantung pada keadaan....lagipun ada lagi satu reunion yang akan diadakan di Taman Desa Waterpark Kuala Lumpur. Tapi yang kat Taman Desa ni hanya untuk 'kroni' sahaja ok...

Yang kat Taman Desa ni kompom pergi sebab dekat jer...yang bestnyer makanan rasmi kitaorang betik muda dan megi. Sebab itu adalah makanan rasmi masa kat asrama dulu...betik muda tu kitaorang cilok kat belakang asrama...nak tggu masak lambat sangat last-last makan jer laa..

Itulah di antara kenangan yang termanis dalam hidup gincumerah...walaubagaimanapun sejak dari dulu kini dan selamanya kami tetap berhubungan sehingga kini..untuk kisah reunion yang lainnya sila tengok kat note FB Haslinda Hashim yeerrr.....




Isnin, 27 Disember 2010

Jejak kasih...

 'JEJAK KASIH......'




SABTU baru ni gincumerah balik ke Pahang untuk meraikan majlis perkahwinan sepupu, sedang lepak-lepak sementara menunggu ketibaan pengantin, tiba-tiba gincumerah ternampak laa member lama gincumerah...maka gumbira tak terkata lah. Bermacam-macam cerita terbaru kami kongsi bersama.

Nama member gincumerah tu Ninie...yang bestnyer kitorang ni baik kat asrama jer...bila kat sekolah masing-masing buat-buat tak kenal jer sebab kat sekolah kawan lain, kat asrama lain pulak kawannya.

Cerita pasal asrama...kitaorang sebenarnya lima sekawan...tapi sorang lagi ala-ala macam kena boikot la sebab kitaorang dulu agak kurrrreng skit pada cewek-cewek yang kontrol ayu ni.

Menurut Ninie sampai sekarang dia masih lagi contact dengan Ju...diaorang masih lagi lepak bersama 'anyam ketupat'. Heeeeeee jelesnyer laaa...tapi takper-takper Ninie cakap nanti nak buat reunion jumpa kat asrama kitaorang dulu.

Baru-baru ni kata Ninie Mek Nab dah mengandung dan mangsa buli dia dulu si Muzalina dah kahwin dengan TUDM. Ok laa tuu...bahagia mereka sekarang yer...yang bestnyer kata Ninie suami Mek Nab hensem giler...waaah!! gitew...tu laaa funny-funny dia pun dapat suami bukan main lagi hensemnyer hahaha yang kitaorang ni yang HADO gitew..